Want your
own Fotopage?











 
Rina'z FotoPage

By: Rinaz Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Aug-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
Hari Keluarga AIM

 
 
 
View all 6 photos...
Tarikh : 3 ogos 2008
Tempat: Pantai Kelanang
Waktu : Pagi - Tengahari








Wah.....kat kampung kita nie....rindu pulak kat kampung rasanya...apa2pun zam....nice shoot boleh perbaiki mana yang kekurangan.... Wed 6-Aug-2008 18:46
Posted by:Sofea Nabella carlbella69@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jul-2008 08:44 Email | Share | | Bookmark
Upcoming Wedding & Engagement

Upcoming Wedding & Engagement

Bertunang

Date : 17 oktober 2009
Person : Razak dan pasanganya
Lokasi : Jeli kelantan.

Nikah

Date :11 Disember 2009
Person : Noraini dan Khairul
Location : Banting

Khatam Quran, Persalinan, Berinai @ Sanding

Date : 26 & 27 Disember 2009
Person : Noraini dan Khairul
Location : Banting

BERINAI & SANDING

Date : 2 & 3 January 2010
Person : Noraini dan Khairul
Location : Perlabuhan Klang


BERINAI & SANDING

Date : 9 & 10 January 2010
Person : ANIZA dan Suami
Location : Banting

Hai.. Zam.. rajin² la Update FP ni... huhuhuhu Fri 1-Aug-2008 08:29
Posted by:Romzi Yusoff romzi_yusoff@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 17-Jul-2008 06:55 Email | Share | | Bookmark
Pulau Carey

salam,

sementara menunggu mak aku mesyuarat aku pun g la pulau carey ni. nak cari tempat yg best yg boleh aku shoot. ni je yg aku jumpa. kali ni gambar aku edit saje nak memperindahkan gambar aku... tapi kalau tak cantik jangan marah k.




Good job sis...cantik Tue 22-Jul-2008 16:33
Posted by:Eddie PhotoVideo eddie@eddie-photovideo.com  - [Link]
cantik r ko pny pict...sejuk mata memandang! Thu 24-Jul-2008 06:43
Posted by:azimah leo_gurl7799@yahoo.com.my
Ok semua gambar tu ada seni... kalu boleh mantapkan lagi skill edit
tu hehehe...
Thu 7-Aug-2008 16:14
Posted by:hisahm0812 hisham08@gmail.com  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 12:54 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di jalan sandora Sijangkang

 
 
 
View all 8 photos...
salam,

sementara menunggu mak saya mesyuarat saya jalan2 la kat jaln sandora ni cari 2 yang menarik untuk di tangkap. dari kul 3 hingga kul 5 petang.
pastu habis mesyuarat kami g makan durian kat simpang bt.8 Sijangkang. dulu masa kat usm saya n kakak makan durian kat padang kawat rindu pulak nak makn durian dg kakak .
hope kau org enjoy dengan gambar aku kali ni.
sekian.








Care to comment?


Sunday, 13-Jul-2008 16:15 Email | Share | | Bookmark
My flower

 
 
 
View all 6 photos...







ermmm daun kaler ijau ni pokok apa ekk ?
nice ...
Mon 14-Jul-2008 05:56
Posted by:azrill a.k.a cdma53  - [Link]
saya pun tak tahu name pokok ni, tahu tanam je..hihihhihi tapi apa yg saya pasti pokok ni akan membesar bila tanam di tanah, kalau kat pasu di tak membesar mcm ni:) Mon 14-Jul-2008 14:13
Posted by:zam
Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 05:49 Email | Share | | Bookmark
Pantai Kelanang

 
 
 
View all 12 photos...



Care to comment?


Wednesday, 2-Jul-2008 17:13 Email | Share | | Bookmark
hadirmu mampu buatku tersenyum. :)

 
00:00
 
00:00
 
00:00
View all 5 photos...

nice....hihi.... Sun 3-Aug-2008 19:33
Posted by:Imran Nasir aimrun88@yahoo.com.my  - [Link]
nice....hihi.... Sun 3-Aug-2008 19:35
Posted by:Imran Nasir aimrun88@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 15:56 Email | Share | | Bookmark
singapore

 
 
 
View all 10 photos...
13/6/2008
First time aku drive dr nilai sampai singapore tak la letih sgt biasa je, mak n abah duk belakang mcm boss hahahahaha tapi abah bising je coz tak dpt merokok sepanjang perjalanan hahahaha.

adik aku tunjukkan jalan waktu dah masuk spore (jurong west) coz aku ni lemah sikit ingatan. hihihihi
sampai2 je wak saniah bagi tahu kak runi keguguran, sian kak runi dah lama tunggu nak ada ank tapi mungkin belum rezeki.

sabtu, dalam kul 10 kami betolak g pasir riss g rumah sepupu aku ade majlis kawin n tunang serentak. abang iz kawin dan adeknye (yaya) bertunang... tahniah kau org berdua
pastu malam kali g arab road makan mertabak ayam n daging. ramai-ramai g mertabak kat arab road tak same dengan mertabak banting

pastu g main bowling jap wak ana n hisam belanja... thanks a lot.

ari ahad, yuyu bertunang... aku satu keluarga ikut hantar rombongan. malam wak ana ajak g makan ayam popeyes kat airport spore... sedap gak ayam popeyes tu...
tapi sebelum tu jalan2 satu airport, besar gak airport baru singapore siap ade shopping komplek.

isnin back to home ingat nak mandi kat air terjun gunung pulai tapi haram... dah jadi semak samun dengan sampahnye... sayang betul tempat yang boleh di jadikan tempat perlancongan jadi tempat sampah pulak....lu pikir la sendiri..opps sory nabil:)

Care to comment?


Monday, 12-May-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
makan malam SyAjAr.........

 
 
 
View all 6 photos...
thanks a lot for my krew.

Care to comment?


Saturday, 10-May-2008 07:33 Email | Share | | Bookmark
Untuk Apa anda bayar Kami?

teater plastik
teater misi
misi
View all 12 photos...

UNTUK APAKAH ANDA MEMBAYAR JURUGAMBAR

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 5,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan jurugambar.

[i]2) Kemahiran Jurugambar[/i]
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

petikan dari blog http://www.fototeacher.com

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.